CISEC

PENGENALAN

Dalam Rancangan Malaysia Ke – 9, satu penubuhan yang dipanggil Corporate Industrial Services Center (CISC) khusus untuk menjadi pusat perkhidmatan industri bagi politeknik dengan struktur bangunan politeknik baru telah diluluskan. Tugas CISC ketika itu adalah lebih memfokus kepada perkhidmatan kepada industri terutama dari sudut jaringan dan kolaborasi.

Pada tahun 2010, Corporate Industrial Services & Employability Center (CISEC) telah ditubuhkan di politeknik sebagai penambahbaikan kepada CISC dengan fungsi asal kepada empat teras utama iaitu Kajian Pengesanan Graduan dan Alumni, Khidmat Penasihatan Kerjaya dan Pendidikan Lanjutan, Perancangan dan Persediaan ke Alam Pekerjaan, serta Perhubungan Industri dan Penempatan.

Penubuhan Unit CISEC di politeknik adalah sebagai inisiatif ke arah hubungan politeknik-industri yang lebih kukuh. CISEC akan menjadi pusat sehenti (One Stop Centre) dalam memenuhi keperluan industri yang berminat untuk bekerjasama dengan politeknik.

Melaluinya proses pemadanan keperluan tenaga kerja di industri dengan pencarian kerja graduan politeknik akan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan sistematik. CISEC akan berperanan sebagai pengantara politeknik dan industri dalam menyelaras pembangunan kerjaya dan program kebolehpasaran siswazah melalui joint ownership dan akauntabiliti, tadbir urus (governance), latihan industri pelajar atau keperluan latihan.


MISI

Membentuk jalinan hubungan di antara industri dengan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) bagi meningkatkan kebolehpasaran pelajar.


OBJEKTIF

  • Memudahkan jaringan dan kolaborasi di antara Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) dengan Industri.
  • Menyediakan perkhidmatan dan maklumbalas terhadap keperluan industri terutama yang melibatkan kolaborasi dan penempatan kerja graduan PTSN.
  • Meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan PTSN.
  • Menyediakan khidmat penasihatan kerjaya, perancangan dan persediaan graduan PTSN ke alam pekerjaan.
  • Menyelaras penempatan latihan pelajar PTSN ke industri.
  • Menyelaras kajian pengesanan graduan dan alumni PTSN.

 

PERANAN CISEC
 

1) Kolaborasi Industri
Meningkatkan jaringan dan KOLABORASI dengan industri, IPTA/IPTS dan agensi luar yang ada kaitan dengan teknologi. Tumpuan kolaborasi mencakupi bidang kurikulum, latihan, penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran.

​2) Kebolehpasaran Graduan
Menyelaras data graduan, aktiviti dan program bagi meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan yang berfokus pada pensijilan profesional atau Sijil Industri. Juga menjadi pusat sehenti bagi mengumpulkan maklumat bakal majikan serta melaksanakan kajian pengesanan graduan.

3) Latihan Industri
Menyelaras latihan industri pelajar, data profil industri dan pelajar yang menghadiri latihan industri.

4) Kerjaya
Membantu merancang, mengurus, memantau dan melaksanakan program–program kerjaya graduan seperti Karnival Kerjaya dan profiling test program. Memberi khidmat Kaunseling Kerjaya dalam perancangan dan persediaan ke alam pekerjaan.

5) 1L5G
Membantu merancang, mengurus, memantau dan melaksanakan perlaksanaan projek 1L5G seperti menyelaras sesi taklimat dan pendedahan konsep projek 1L5G, mengurus pengkalan data graduan bagi projek 1L5G, menganalisis dapatan dan menyediakan laporan 1L5G.


CARTA ORGANISASI CISEC