PENGENALAN
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersilan (UPIK) adalah sebuah unit yang bertanggungjawab sebagai peneraju Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail dalam usaha untuk memperluaskan akses dan meningkatkan kualiti graduan dan institusi secara keseluruhan melalui aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan. Selaras dengan aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi, UPIK berusaha untuk membangunkan kerjasama empat pihak (quadruple helix) yang lebih akrab melibatkan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, industri, kerajaan, dan komuniti tempatan. Fokus utama UPIK adalah untuk membudayakan penyelidikan dan mewujudkan ruang untuk berkolaborasi dengan pihak berkepentingan dalam meningkatkan pembangunan inovasi produk serta pengkomersilan idea-idea baru.
OBJEKTIF
- Menguruskan dan memantau aktiviti penyelidikan, inovasi dan komersilan mengikut pelan strategik Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail
- Menyelaras aktiviti penyelidikan , inovasi dan komersilan antara jabatan dengan pihak luar
- Memantau pencapaian prestasi penyelidikan, inovasi & pengkomersilan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan dalam PolyPMO, Polyrate, dan lain-lain keperluan standard
- Merancang dan membina jalinan hubungan kolaborasi dengan pihak luar dalam bidang penyelidikan, inovasi dan komersilan
- Menggalakkan pembudayaan penyelidikan dan inovasi dalam kalangan pensyarah & pelajar
- Merancang, mengurus dan memantau pelaksanaan dan pencapaian aktiviti penyelidikan dan inovasi untuk bidang tujahan PTSN
CARTA ORGANISASI UPIK 2018
GALERI UPIK
Proses Permohonan Penyertaan Inovasi_Penulisan Ilmiah_Pembentangan
Proses Permohonan Harta Intelek
Proses Perlaksanaan Produk Inovasi Boleh Diaplikasi
Borang Pengurusan UPIK