Jabatan Matematik, Sains & Komputer

::JABATAN MATEMATIK, SAINS & KOMPUTER::
============================================

PENGENALAN

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK)  merupakan jabatan sokongan kepada jabatan induk di Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN). Ianya ditubuhkan bagi menyokong kursus berteraskan kejuruteraan, sains dan teknologi. JMSK menawarkan kursus-kursus seperti Matematik Kejuruteraan, Matematik Teknologi dan Sains Kejuruteraan kepada para pelajar. JMSK diterajui oleh seorang Ketua Jabatan dan dibantuselia oleh 2 orang Ketua Kursus iaitu Ketua Kursus Matematik dan Ketua Kursus Sains. Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan penuh komitmen dan dedikasi oleh setiap pensyarah mengikut silibus yang telah ditetapkan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan efisien.

 

VISI

Menyediakan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti dalam melahirkan pelajar yang berpengetahuan dalam bidang Matematik dan Sains seiring perkembangan teknologi semasa.

 

MISI

Menghasilkan pelajar yang mahir menyelesaikan permasalahan dengan mengaplikasikan Matematik dan  Sains  dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.

 

OBJEKTIF

  • Menerapkan kemahiran matematik dan sains untuk diaplikasikan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.
  • Menyepadukan ilmu-ilmu akademik dengan nilai-nilai murni seperti amanah, sikap bertanggungjawab dan berdikari bagi melahirkan modal insan yang holistik yang mampu merealisasikan aspirasi negara.

 

KURSUS YANG DITAWARKAN

  1. DBM10013Engineering Mathematics 1

Kursus ini wajib diambil oleh semua pelajar semester satu untuk semua program di JKPK . Topik yang dipelajar ialah Basic Algebra, Trigonometry, Complex Number, Matrix  and Vector & Scalar. Dalam kursus ini, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai teknik pengiraan serta penyelesaian terhadap masalah matematik.

  1. DBM 10133Mathematics For Technology

 Kursus ini wajib diambil oleh semua pelajar semester satu untuk semua program di JTKM. Topik yang   dipelajari ialah Basic Algebra, Geomerty, Measurement, Function & Graph and Statistic. Kursus ini dapat memberi pengukuhan asas matematik para pelajar untuk menguasai  bidang lain contohnya sains gunaan dan sains pertanian.

  1. DBM20023 - Engineering Mathematics 2

Kursus ini wajib diambil oleh pelajar semester dua bagi semua program di JKPK sahaja. Topik yang         dipelajari ialah Exponents & Logarithms, Differentiation dan Integration yang merupakan asas kepada pelajar   kejuruteraan.

  1. DBM30033 - Engineering Mathematics 3

Kursus ini wajib diambil oleh semua pelajar semester tiga bagi program di JKPK sahaja iaitu DPE, DPC dan DCE. Topik yang dipelajari ialah Statistics & Probability, Numerical Method, Linear Programming dan Ordinary Differential Equation. Pra-syarat untuk mengambil kursus ini ialah pelajar wajib lulus DBM 20023 - Engineering Mathematics 2.

  1. DBM30043Electrical Engineering Mathematics   

Kursus ini wajib diambil oleh pelajar semester tiga bagi program DEI di JKPK. Topik yang dipelajari ialah Statistics & Probability, Numerical Method, Laplace Transform dan Ordinary Differential Equation. Pra-syarat untuk mengambil kursus ini ialah pelajar wajib lulus DBM 20023 - Engineering Mathematics 2.

  1. DBS10012Engineering Science

Kursus ini wajib diambil oleh semua pelajar semester satu di JKPK. Dalam kursus ini, pelajar akan didedahkan  konsep fizik yang menjadi teras kepada disiplin kejuruteraan.  Topik yang dipelajari ialah Physical Quantities & Measurement, Linear Motion, Force, Work, Energy & Power dan Solid & Fluid. 


::CARTA ORGANISASI JABATAN::
================================

 

::FASILITI::
==============