JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR SELARAS SESI DISEMBER 2019 (MUKTAMAD)

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR SELARAS SESI DISEMBER 2019 
(PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 18 - 31 MAC 2020 MENANGANI COVID-19)

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 

1. Merujuk kepada perkara 2.5 dalam Panduan Dalaman Takbir Urus dan Operasi JPPKK, Politeknik, dan Kolej Komuniti susulan Perutusan Khas YAB Perdana Menteri mengenasi COVID-19, sukacita dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Selaras Politeknik Malaysia Sesi Disember 2019 akan dipinda ke tarikh 13 April 2020 hingga 03 Mei 2020.

 

2. Sehubungan itu, pihak tuan/puan dipohon untuk memaklumkan dan memaparkan Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Selaras Politeknik Malaysia Sesi Disember 2019 versi 2 yang dilampirkan ini kepada pelajar untuk semakan, ATAU melalui capaian laman web Bahagian Peperiksaan dan Penilaian, Jabatan Pendidikan Politeknik (http://bpn.mypolycc.edu.my) pada pautan "JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR".

 

Sekian, terima kasih.
 

Saya yang menjalankan amanah,

 

NOR AZIRA BINTI ABDUL RAHMAN
Pegawai Peperiksaan
Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail
Pagoh, Johor
013-9395249 / Office Ext : 2212