Pengenalan

PENGENALAN 

Pusat Sumber Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail adalah unit yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan dan sumber maklumat dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail.

Pusat Sumber terletak di Blok A3 Wing B Aras 2 dengan keluasan 661 meter persegi. Pusat Sumber mula beroperasi 2 Mei 2017 dan mampu menampung seramai 220 orang pengguna pada satu-satu masa.

Pusat Sumber menggunakan Sistem Pengkelasan Library of Congress bagi klasifikasi bahan manakala sistem perpustakaan yang digunakan adalah Sierra.

 

VISI

Membangunkan Koleksi Berkualiti Serta Memberi Perkhidmatan Dan Kemudahan Yang Efisyen, Sistematik Dan Mesra Pelanggan.

 

MISI

  • Melahirkan warga politeknik yang berbudaya ilmu dan kaya maklumat melalui pembacaan dan literasi maklumat serta membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui :
    • Perkhidmatan rujukan dan maklumat, 
    • Penyediaan sumber maklumat dan penggunaan teknologi terkini dan
    • Penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan pusat sumber dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran, menggalakkan budaya membaca dan seterusnya menjadikan pusat sumber sebagai pusat perkongsian ilmu dan maklumat yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua warga Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail.

 

OBJEKTIF

Objektif penubuhan Pusat Sumber Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail adalah untuk :

  • Melaksanakan aktiviti mengesan, memperoleh, mengumpul , memproses, menyimpan, mengurus, menyelia, menyebar dan menyediakan sumber-sumber maklumat yang bersesuaian, relevan, berkualiti dan terkini dalam semua program anjuran Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail;
  • Memberi perkhidmatan pusat sumber yang cemerlang dengan mengukuhkan koleksi dan menyediakan perkhidmatan rujukan maklumat yang cepat, tepat   dan  mesra bersesuaian dengan Misi Pusat Sumber PTSN;
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selesa untuk dimanfaatkan  sepenuhnya oleh seluruh warga Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail.
  • Mempromosi dan menggalakkan Budaya Membaca dan Literasi maklumat melalui pelaksanaan aktiviti dan kepelbagaian program seperti yang di sarankan oleh  Perpustakaan Negara Malaysia;
  • Membantu melahirkan warga PTSN yang berilmu melalui sokongan terhadap sumber rujukan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

 

KEAHLIAN

Keahlian dibuka kepada semua pelajar, pensyarah dan staf Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail. Keahlian adalah secara automatik dengan menggunakan kad matrik atau kad pensyarah/ staf sebagai kad keahlian. 

Kelayakan meminjam bahan bagi pelajar sebanyak 3 naskah selama 14 hari manakala pensyarah/staf sebanyak 10 naskah selama 30 hari. Denda lewat memulangkan bahan adalah sebanyak dua puluh sen sehari.

 

KOLEKSI

Koleksi pusat sumber mengandungi bahan rujukan seperti buku, buletin, laporan tahunan, koleksi soalan peperiksaan tahun kebelakangan dan terbitan jabatan (projek pelajar) untuk rujukan.

Koleksi pusat sumber sehingga kini mencapai 4,778 naskah. Koleksi utama adalah dalam bidang kejuruteraan petrokimia, teknologi kimia dan makanan, matematik, sains dan komputer serta bidang am lain yang menyokong pengajaran dan pembelajaran di Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail.

 

WAKTU PERKHIDMATAN

Ahad – Rabu : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Khamis          : 8.30 pagi hingga 3.30 petang

Jumaat, Sabtu & Cuti Umum : Tutup

 

PERKHIDMATAN PUSAT SUMBER PTSN

1  Sirkulasi

Menyediakan perkhidmatan pinjaman, pemulangan, pembaharuan (renew) dan tempahan bahan (reserve).

 

2  Rujukan Dan Pencarian Maklumat (Reference Desk)

Perkhidmatan ini disediakan di kaunter rujukan/pinjaman. Khidmat ini disediakan bagi membantu  pengguna  mengatasi  masalah menggunakan perpustakaan.

 

3 Perkhidmatan Cetak dan Fotokopi

 

4 Online Public Access Catalog (OPAC) melalui Sistem Sierra 

http://opac.ptsn.edu.my

 

Portal Pusat Sumber 

http://library.ptsn.edu.my/frontpage

 

Perkhidmatan Internet

 

7 Perkhidmatan sokongan

Pinjaman antara pusat sumber (Inter Library Loan)

 

HUBUNGI KAMI 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

 

Puan Rohaya Binti Mohamed Bahari

Pembantu Pustakawan,

Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail

 

Unit Pusat Sumber

Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail
Hab Pendidikan Tinggi Pagoh
KM 1 Jalan Panchor 84600 Pagoh, Johor
Tel: 06-974 2288

Sambungan :6135