Program DPE

                                PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN PROSES (PETROKIMIA)

PENGENALAN
Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan, kemahiran teknikal yang diperlukan dalam kejuruteraan proses dan kejuruteraan petrokimia supaya dapat diadaptasikan dalam industri proses. Pendekatan pembelajaran dan latihan adalah melalui teori dan amali melalui bengkel, loji mini, simulasi proses dan makmal.

Program Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia) dirancang untuk menghasilkan graduan holistik yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang kompeten dalam bidang kejuruteraan proses untuk memenuhi permintaan pekerja di sektor kejuruteraan. Struktur program berfokus pada bidang Keseimbangan Jisim dan Tenaga, Kimia, Termodinamik, Peralatan Mekanikal Loji, Pemindahan Haba dan Jisim, Mekanik Bendalir, Proses Pemisahan, Pengendalian Proses, Instrumentasi dan Elektrikal, Reka Bentuk Proses dan Teknologi Reaktor.