Unit Keusahawanan

PENGENALAN
Unit Keusahawanan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail telah ditubuhkan pada tahun 2016 seiring dengan penstrukturan semula Unit Keusahawanan Jabatan Pendidikan Politeknik. Unit Keusahawanan di setiap politeknik adalah tertakluk di bawah penyelarasan aktiviti keusahawanan oleh Pusat Keusahawanan Politeknik & Kolej Komuniti Malaysia (CEDev), Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik. Unit Keusahawanan berperanan untuk membangunkan pendidikan keusahawanan dalam kalangan pelajar Politeknik.

FUNGSI UNIT KEUSAHAWANAN
1. Menyelaras aktiviti keusahawanan di peringkat Pusat Keusahawanan Politeknik & Kolej Komunti dan peringkat Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail.
2. Merancang, melaksana dan memantau segala aktiviti keusahawanan di Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail.
3. Menjadi pusat rujukan dan perundingan perniagaan pelajar dan alumni.

VISI
Melahirkan pelajar yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.

MISI
Menjadi pusat rujukan pelajar & alumni dalam khidmat perundingan perniagaan di Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail.



                                                                                      CARTA ORGANISASI UNIT KEUSAHAWANAN